Guest

16 February 2012

BOLA TAMPAR

Pada 15 hingga 17 Februari yang lalu ,sekolah telah menghantar dua pasukan bola tampar bagi mewakili sekolah dalam pertandingan bola tampar kawasan Air Keroh .Pada peringkat kumpulan pasukan perempuan bawah 18 yang diketuai oleh Nurasimah binti Kasim dari rumah syahbandar telah ditempatkan dalam kumpulan B bersama SMK Pernu ,St. david dan Sekolah Seri Kota .Bagi peringkat kumpulan ,MOZAC telah berjaya mendapat johan kumpulan seterusnya mlayakkan MOZAC ke peringkat seterusnya ,dan akhirnya sehingga ke peringkat final .MOZAC bertemu SMK Telok Mas ,malangnya Mozac tewas di tangan lawan .Bagi kumpulan lelaki bawah 18 ,mozac dengan jayanya telah melayakkan diri ke peringkat final setelah menjadi johan kumpulan .MOZAC telah bertemu musuh tradisi iaitu SMK Teluk Mas .Tuah ayam Nampak di kaki ,tuah manusia siapa yang tahu ,MOZAC telah mengalahkan SMK Teluk Mas dan dinobatkan sebagai Johan bagi Kejohanan Bola Tampar Kawasan Air Keroh .seramai 12 orang peserta daripada MOZAC telah terpilih bagi mrnyertai pemilihan wakil daerah bola tampar kawasan Air Keroh .SYABAS DIUCAPKAN !thumbthumbthumb