Guest

24 January 2012

MSR 2012

Pada 5 - 13 Januari yang lalu telah diadakan MSR ataupun lebih dekenali dengan minggu silaturrahim pelajar tingkatan satu ambilan pertama .Program yang berlangsung selama lebih kurang seminggu setengah ini bertujuan untuk mendekatkan lagi pelajar tingkatan satu dengan suasana hidup diasrama dan merapatkan silaturahim antara pelajar tingkatan satu dengan warga muzaffar .


Pelbagai sesi telah dijalankan ,antara ialah sesi bersama warden ,pengawas ,majlis rumah ,pembimbing rakan sebaya dan badan dakwah kerohanian islam (badri) .

Majlis rumah telah memainkan peranan yang besar dalam menjayakan MSR pada tahun ini dimana majlis rumah telah membantu sekolah dalam menjayakan beberapa aktiviti seperti pendaftaran tingkatan 1 ,majlis bersama pengawas ,majlis bersama majlis rumah dan juga senamrobik .tarian yang telah menjadi fenomena warga muzaffar iaitu xi shua shua telah diperkenalkan pada pelajar tingkatan satu dan mendapat respon yang terbaik daripada mereka




Pada malam talentime pula pelbagai persembahan telah dipersembahkan .walaupun terdapat beberapa kekangan dari segi masa dimana tenaga pengajar daripada tingkatan 5 sibuk dengan kelas malam dan masa yang diperuntukkan untuk latihan minggu talentime ini hanya seminggu ,namun persembahan boria ,iklan ,sketsa ,koir ,tarian ,tarian moden telah bmereka telah berjaya mendapat tepukan yang gemuruh daripada pihak penonton .