LAPORAN MINIT MESYUARAT
RUMAH SYAHBANDAR
KALI KE-1 SESI 2012
Tarikh:
Masa:
Tempat: Dewan Makan, SM Sains Muzaffar Syah
Kehadiran: Semua hadir
Agenda Mesyuarat
1. Ucapan ketua guru rumah, Pn Aiza Shazleen binti Ishak.
· Puan Aiza telah memberikan ucapan alu-aluan dan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar yang sanggup meluangkan masa untuk hadir ke minit mesyuarat rumah Syahbandar buat kali pertama sesi 2012.
· Beliau juga telah memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar Syahbandar supaya berusaha dengan lebih gigih dalam akedemik dan kokurikulum bagi membolehkan nama Syahbandar terus naik.
· Beliau juga menasihati para pelajar supaya tidak melakukan kesalahan-kesalahan yang boleh menjatuhkan rumah Syahbandar.
· Beliau juga menyeru supaya para pelajar Syahbandar dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti-aktiviti sekolah kerana ini dapat membantu menaikkan markah rumah Syahbandar.
· Akhir ucapannya, beliau berharap rumah Syahbandar akan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding tahun lepas.
2. Ucapan Ketua Rumah, Muhamad Aizat Bin Rahim
· Aizat telah membentangkan maklumat mengenai prestasi rumah Syahbandar pada tahun lepas.
· Beliau menyatakan rumah Syahbandar telah banyak dipotong markah kerana kesalahan-kesalahan seperti lambat mengosongkan kawasan asrama dan keadaaan dorm yang tidak memuaskan.
· Dia juga memberi nasihat kepada para pelajar Syahbandar supaya tidak melakukan sebarang kesalahan yang dapat mengurangkan markah rumah Syahbandar.
3. Memperkenalkan AJK rumah Syahbandar
· AJK rumah Syahbandar telahpun diperkenalkan pada minit mesyuarat ini.
· Satu persatu AJK disebutkan nama dan mereka yang disebutkan nama telah diminta untuk berdiri bagi diperkenalkan kepada para pelajar Syahbandar yang lain.
· Mereka yang dilantik diharapkan dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin supaya dapat menaikkan nama Syahbandar.
4. Memperkenalkan ahli-ahli rumah Syahbandar tingkatan 1
· Kedatangan mereka dialu-alukan oleh para pelajar Syahbandar yang lain.
· Mereka diminta supaya menyanyikan lagu bagi menaikkan semangat masing-masing.
· Para guru dan pelajar Syahbandar berharap supaya mereka cepat menyesuaikan diri dengan cepat dan seterusnya dapat bersama-sama membantu untuk menaikkan Syahbandar.
5. Menyanyikan lagu rasmi Rumah Syahbandar.
· Semua guru dan pelajar berdiri bagi menyanyikan lagu tersebut.
· Mereka telah menyanyikan lagu tersebut dengan begitu bersemangat.
Mesyuarat yang julung kali diadakan ini telahpun berjaya dilaksanakan dengan begitu teratur. Segala teguran dan seruan oleh guru dan para pemimpin Syahbandar diharapkan dapat diikuti oleh setiap pelajar rumah Syahbandar.
Majlis telah ditangguhkan pada jam 4.30 petang dengan surah Al-Asr dan tasbih kifarah.